1.10.2014

Ponder and Drive



tadi masa drive balik, aku terserempak dengan ayah aku di DUKE. dia sengih, aku hon. dia lalu jalan kampung, aku lalu jalan besar. biasalah, aku malas nak himpit-himpit.

masa tu aku baru tersedar yang ayah aku sebenarnya layan aku macam aku ni lelaki. dia layan aku dengan adik aku sama rata. dia cakap pasal kereta, pasal masalah dunia, sembang politik, borak pasal kerja dia (walaupun dia tahu aku tak boleh komprehen). aku layan ja. tapi ayah aku lembut. kalau aku marah ke, menangis ke, dia yang tanya. tanya ja, tak pujuk.

emak aku memang layan aku macam perempuan lah. bukan perempuan yang keperempuanan, tapi. dia pun kasar, apa. sepupu aku semua suka emak dah ayah aku sebab pada mereka, emak ayah aku ni lembut.

hooo! aku pernah kena rotan, kena piat dengan hanger, kena pelempang kot!

dan aku beberapa kali cuba bunuh diri.

tapi kan. selain dari benda-benda itu, aku ada banyak perkara pasal emak dan ayah aku yang aku syukurkan. biarlah aku impan sendiri, karang ada orang PM aku di FB kata aku show off kan.

 masih nak kereta baru ni. amacam?

No comments: