11.20.2012
Yang Ini Entry Panjang Sikit Tentang Palestine Dan Kita
Aman Palestine cawangan Mesir melaporkan terdapat serangan balas dari Palestine ke Israel.
Doa saja tak cukup. Kena usaha. Bagi bantuan. Derma. Islamic Relief Malaysia baru berjaya kumpulkan RM45k yang nanti akan dihantar ke sana.
Punca serangan bertubi-tubi macam hujan ini ialah kerana satu serangan dari Palestine yang sikit pun tak memusnahkan Israel. Tengok apa mereka balas?
Kita kena hujan sikit dan bising. Paling tidak pun demam saja. Di Palestine hujan bom. Paling tidak pun bangunan roboh. Kita masih tak bersyukur lagi. Kita masih lagi mendoakan negara bangsa kita ini sendiri jatuh, tak ke gila? Baik kau doa kemusnahan musuh agama yang nyata, yang dilaknat oleh Tuhan dalam kitabNya.
Oh lupa, mungkin kau dah Islam lama. Kau bajet kau konfem masuk syurga. Buatlah apa pun sebab konon kau tak terpalit dosa. Well, good luck with that, Muslims. Mana tahu kita jumpa di neraka, sama-sama merangkak kan, jangan lupa kata hai.
FYI untuk kau yang mungkin rasa tercuit dengan kenyataan di atas, aku tak benci Islam. Aku benci Muslim yang buat agama ini nampak susah dan ganas. Yang pemikirannya totok sangat. You know what I mean.
Sebenarnya banyak yang aku nak taip but it seems like my brain works faster than my fingers. Aku dah fikir habis, jari lambat pula. So. Ini saja lah. Sigh.
Ya Quwwa. Ya Quwwa.
Amboi macam entry ustazah.
Untuk kau yang ada lebihan duit, daipada beli tiket wayang Istanbul Aku Datang (Istanbul pun tak kisah kau datang ke tidak), boleh menderma di sini:
1. Islamic Relief
2. Aqsa Syarif
3. Haluan Palestine
Untuk berita terkini (bagi kau yang tak tonton berita tivi kononnya penipu kan padahal kau hanya jadi denial kerana semua sumber ada bukti video), kau boleh follow Twitter Aman Palestine Mesir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment