11.13.2012
Sini, Sini! Aku Nak Ajak Kau Imejin!
Imejin kau kerja ofis gaji RM800. Imejin kau beli korset Beautiful RM2000 dan kau bayar bulan-bulan RM50 tapi sampai sekarang kau tak habis bayar lagi. Imejin kau ada lelaki yang kau suka tapi dia memang sah tak suka dekat kau sebab bila kau tanya nak kahwin dengan kau tak, dia jawab 'tak' sebelum habis kau tanya lagi dan lelaki itu juga supir kau yang kau bayar RM250 setiap bulan untuk ulang alik dari rumah ke pejabat. Imejin kau asyik kena tipu dengan lelaki lain tentang duit. Imejin kau ada masalah kesihatan sampai bos paksa kau buat full blood test dan tumor marker. Imejin doktor suruh kau diet tapi lepas keluar dari klinik kau belasah 2 biji roti canai telur. Imejin kau selalu buat muka bila berhadapan dengan pelanggan. Imejin masa kerja kau dipenuhi dengan menonton Running Man di kubikel.Imejin kau nak berhenti kerja sebab tak tahan stress.
Imejin kau, dengan hutang-hutang kau, dengan lelaki-lelaki yang tak mahukan kau, dengan kesihatan kau, dengan diet gajah kau itu nak kumpul duit lagi seribu lebih untuk rawatan memutihkan ketiak.
Sekarang aku nak tahu, apa perasaan kau?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
rasa nak balik kampung tanam ubi keledek.
nanti nak beli. boleh buat kuih.
ubi keledek buat cucur keria sedap juga tu
Post a Comment