11.05.2012

Balasan


ada yang kurang senang dengan gaya aku dalam reviu-reviu tulisan. mereka kata aku kejam dan tidak sedar bahawa penulis-penulis kecil ini, walaupun nama mereka kecil tapi punya signifikan sendiri. kononnya aku sudah cukup besar sehingga bisa menempelak mereka begitu sekali.

ceritanya gini. aku juga mahu kau sedar, sebagaimana mereka dan kau, nama aku juga kecil saja. dan, kembali ke Literasi 101, sebuah review atau kritik itu ialah pandangan peribadi pembaca. sekali lagi aku tuliskan di sini dengan huruf besar, manalah tahu kau rabun, PANDANGAN PERIBADI PEMBACA.

jadi jika kritik aku teruk, maka maaflah kerana tulisan kau tidak menepati selera aku. mungkin kau mahu baca reviu dari pembaca yang seleranya sama dengan kau pula. umpama kau dapat peria dari aku, pergilah cari gula-gula dari orang lain pula, gitu.

mungkin erti jujur di sini disalaherti. aku bukan cuma tahu kritik saja, tahu? aku beri idea bagaimana kau boleh perbaiki kualiti tulisan kau. tapi idea itu 100% pastilah, memanglah, konfemlah DARI SUDUT PANDANGAN AKU SENDIRI. itu hanya idea, bukan paksaan. maka jika kau mahu ikut, maka ambil dan sebaliknya.

mungkin juga kau terasa lebih kerana kau sudah terasa kau kenal aku. padahal sebelum ini kau boleh terima komen-komen aku. maka jika kau rasa tidak selesa, kau sangat dialu-alukan untuk menjarakkan jurang antara kita. this is where friendship sucks, you know. sebab aku mahu kau tahu, aku bukan jenis menggula-gulakan orang. I DON'T SUGAR-COAT THINGS. aku kejam di reviu, tapi aku okey bila kau sapa. faham?

ada satu garisan yang sangat nipis antara mengambil hati dan menjadi hipokrit, aku tak mahu pilih salah satu kerana aku akan pasti melangkaui garis tersebut.

realitinya, kita takkan bisa memuaskan hati seluruh dunia.

No comments: