9.28.2012
Tentang Emak
Aku baca blog kak Azreen tadi. Dan aku teringat emak aku sendiri.
Dulu bila emak terjumpa buku nota yang aku guna untuk menulis fiksi, dia suruh aku koyak dan buang. Dia kata aku banyak berangan. Setiap kali aku dan dia buat spring cleaning di bilik, pasti ada sebuah dua yang jadi mangsa.
o_o
Dan aku berhenti menulis beberapa tahun, dari aku Form 5 hingga degree tahun pertama. Dan pada tahun ke dua, aku mula blogging. It was heavenly. Akhirnya aku boleh menulis tanpa ia disampahkan. Hew hew hew!
Sekarang bila dah kerja, aku selalu beritahu bos aku menulis. Aku beritahu waktu emak ada bersama. Mula-mula emak dengar, dia macam terkejut. Aku kata, ada beberapa yang sudah dibukukan.
Kau tahu, sekarang emak dah dapat menerima kenyataan bahawa anaknya yang seorang ini 'menulis sesuatu'.
Tapi aku harap dia tak baca apa yang aku tulis. Tak bermoral macam aku juga. Hik hik hik. Panjangnya. Mahu sambung tidur. Zzz kroooh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Boleh tahu buku apa ye? Macam mana nak dapat?
dear Kirua,
kalau zine kak azreen boleh tanya di FB nya Azreen Yusof. buku aku sudah kehabisan stoknya buat masa ini
Post a Comment