9.09.2012


Saya tak pernah penat layan kerenah kesayangan saya semua. Walaupun mereka buat saya marah atau sedih, saya tahu mereka aja yang saya ada. Mereka, yang tak boleh ditukar ganti. Emak, ayah, adik dan abang saya, keluarga dan kawan-kawan yang saya ada.

Saya harap semuanya baik-baik aja. Walau di mana awak semua berada, apa pun yang awak buat, awak berada di tangan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Saya tak boleh ganti kegembiraan yang awak hilang. Tapi saya harap, apa pun yang saya buat takkan sakitkan hati awak. Apa pun yang awak buat, moga awak gembira. Moga awak sihat. Moga dipanjangkan usia.

No comments: